Wednesday, May 25, 2011

perjuangan yang belum selesai

sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah

tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan

biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa - bapa kita

tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan
mengangguk dan membenarkan
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut,pengembara
malah penakhluk terkemuka?

bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal?

bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?

dimanakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?

apakah perkara penjajah?

lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar

tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabatkan dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama- lamanya

hari ini,jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Tun Dr. Mahathir Mohamad
MEI 1996

Monday, May 23, 2011

malam nostalgia


malam ini, tiba - tiba membe2 aku semua buka cite pasal kisah2 cinta yang tak dapat dilupakan..masing2 ada storyline dorunk sendiri..yang macam drama pon ada weyh..hehe..macam2..
tapi dalam seronok2 ni, ada gak yang cite sedeyh..well, not everyone is lucky in love..rite?

so, aku pon terfikir la nak buat 1 sajak la (konon bagus la buat sajak!)...da la bekurun lama saya tak buat sajak ni..
rasa macam bengong2 je..haha..
so, ni sajak yang saya telah cuba buat..
klau tak menepati macam mana cikgu BM ajar, saya minta maaf awal2..haha..
ayat saya ni tak cukup puitis la..
format pon macam da salah..muahahaha...


kisah dihatiku yang betahun lamanya..
rentak hati ini..
susah jua dihentikan..
rasa telah kucuba rasionalkan..
hati telah kupujuk dengan akal..
rindu telah kucuba,
hapuskan dengan masa..
gagal jua segalanya..

kisah dihatiku yang betahun lamanya..
hati ini kini penat..
berharap agar kau berlalu..
pergi bersama rindu yang ada..


P/S; pergh...saya plak yang rasa geli bila baca balik!!!AAAA..bengong2..haha

Tuesday, May 17, 2011

kisah sang arnab dan sang kura - kura

ellow blog!!hou jiu bu jian..hehe..so, exam fever was over, camp was over..

sbenarnya, tajuk blog ne sedikit sebanyak ada kaitan dengan peristiwa camping ari tu..huhu..
first thing to tell you guys that IT WAS HELLLLLL!!!!!!!!!!!!!this was the first tyme i actually cried during camping.DAMN!

ok, let us just cut to the chase won't we?

aku join 1 program yg bernama TRANS GOCAM, we started our journey di Kg. Sg. Ruill, Cameron..i thought it was going to be like any other camp (WAS I WRONG!)

all i can say that in these 5 days period, i've come close to actually drowned and fall of a cerun..owh, and did i mention that i was lost in the jungle for 3 hours all by MYSELF! 

in a nutshell, u can say that the objektif was not met.it was supposed to be a team effort,surviving together..but instead, it turned into the SURVIVAL OF THE FITTEST.DAMN!!

bila time dok dalam hutan tu, guide hafiz citekan kat kami pasal cite kanak - kanak ne...
time tu, aq dapat lihat la perangai masing2..
akhir kata, klau rasa kawan tu kawan tyme suka dan duka, cuba test g program ne dgn dia..
pastu, try la pikir - pikirkan...

Thursday, May 5, 2011

a blogger's absence

HYE!!!oooppsss..ASSALAMUALAIKUM....hehe..

ok..as anyone can see, saya da lama(sangat lama actually) tak update blog ne..haaaa..ni yang ambo nak kaborkan ne..sebenarnya saya telah terlupa akan password blog ni..tu je sebenanya..ni yang boleh tiba2 ingat balik ni pon agak miracle la..kebetulan lak time tu sahabat saya, CIK AIN NOH suruh saya jadi follower dia..baru tedetik kat kepala pasal blog usang ni..tapi ni tengah time exam, soooooo...paham2 la nak update blog tu memang liat la...hehe..sooo, that's all i've got to say..=)

anyway, to all of my friends...exam tak habis lagi!!!STUDY LA WOI!!haha..(gurau je (^^)  )
walaupon da telambat saaaannnngggaaaaattttt nak wish...saya tetap nak cakap gak( degil bebenor) GOOD LUCK!!SEMOGA BERJAYA!!BITTAUFIQ WANNAJAH!!=)



P/S: saya sebenarnya ada masa suka post banyak2 dalam hari yang sama..hehe..jangan pelik klau tengok banyak sangat post..=pp