1.Orang yang SUKA buat salah, then tak nak minta maaf elok2 dengan kita
bukannya apa weyh, kau da ngaku salah, tapi minta maaf tak proper.
2. Orang yang SUKA cari attention (i mean menggedik dengan lelaki la)
Aku ada certain2 gedik aku bole terima tapi ada setengah tu, dia dengan perempuan, PERGH!nak senyum pon susah, kalau lelaki AMBOI!lebih2 plak dia..yang macam ne, aku rasa macam damn! apa kau tak penah tengok laki ke yang sampai jadi macam tu tiba2...aku tau tu lumrah manusia, tapi takyah la over sangat
3. Orang yang SUKA sangat pecahbelahkan family orang lain
ini memang aku pantang!!apa hak kau nak buat macam ne???!!!!TOLONGla SEDAR DIRI tu!!kau ingat ko _ _ _ _ sekian, kau boleh la nak buat sesuka hati kau..kau boleh la nak buat adik beradik bermusuhan/suami isteri bercerai??weyh, TOLONG, TOLONGla, kau ne asal planet mana?kalau kau nak hidup ikut kau punya style je, HELLO!pegi hidup kat dalam hutan/ruang angkasa sorang kau.TQ!
4. Orang yang SUKA buat lawak yang terlebih melampau
aku bole tolerate lawak yang melampau ne( da biasa sangat da) tapi nak wat lawak tu, ko kena ada cara kau.jangan men cakap je;menghiris perasaan dowh (especially kalau orang yang kena tu jenis pendiam je)..tapi orang2 macam ne kalau dapat kat aku, memang aku balas balik..ghahahaha..aku kisah apa..=p
5.Orang yang SUKA bagi alasan yang sangat bodoh dan xmunasabah(ne time keje la)
ok, aku sangat penat dengan orang macam ne..nak cite lebih pon penat..huh..
6.Orang yang SUKA buat mak/ayah dia nanges
Sebagai sorang anak, aku rasa paling seksa kalau aku tengok mama aku nangis;so aku tak sanggup nak sakitkan hati dia,walaupon dia tesalah pon, aku amik je blame, biar aku yang nangis dari mama aku.SO, please, do take care of your parents eventough there's times kau rasa macam penat dengan mereka ( hey, they're not perfect) just take a deep breath and smile for them..
7.Orang yang SUKA bajet dia sorang je ada emosi
semua orang ada emosi, so, jangan kau 'jual ikan' sangat pasal perasaan kau tu..TQ
8.Orang yang SUKA 'menganjing'/ merendah- rendahkan kawan kita
OK, so what?kawan aku tak perfect, tapi setakat usik2 tak apa, kalau da sampai tahap menganjing ne, aku panas weyh..apa perasaan kau kalau aku buat kat kawan kau macam tu?panas gak an?
9.Orang yang SUKA nak ambil kisah sangat dengan apa orang lain fikir
kalau kau tunjuk concern kau kat aku tak salah kan?kita kan kawan? tapi aku pantang betul bila kau delete post/comment kau tu..APAHAL?!takkan tu pon orang nak pikir bukan2, kalau setakat usik2 tu, alahai standard la bro..
10.Orang yang SUKA jump into conclusions tanpa siasat
Janganla,tolongla, SIASAT dulu!!
11.Orang yang SUKA belagak dia bejalan dengan lurus,padahal, dia pon ketam gak macam kita
sebelum kau kata aku salah, kau patut admit lu kau pon wat salah tu.Tak yah la belagak macam aku buat salah teruk gile. kalau kau pon pernah buat salah, kita sama2 la ponder.Tak perlu nak sembunyi2 bagai.
12.Orang yang SUKA buat macam dia sorang je keje susah/banyak keje
semua orang ada keje dia.so jangan assume aku suka2 suruh kau buat keje.kalau kau banyak sangat keje, bagitau aku.we'll work out something..xsusah kan?ne pengakhirnya, pegi post kat fb and aku earned title orang jahat,insensitive..
13.Orang yang SUKA tikam belakang kawan
trust is not something that you can earn just like that.so, kalau benda ne jadi balik kat kau, apa nak wat? PIKIR PIKIR la..
14.Orang yang SUKA buang bayi..(bayi tu tak dosa weyh!!)
bayi tu anugerah dari ALLAH S.W.T. jaga la dia..dia juga yang akan doakan kau nanti. kalau tak nak gak, bagi la kat rumah anak yatim, ada ibubapa yang nak anak, tapi takde rezeki tau..
15.Orang yang SUKA percayakan orang luar dari keluarga/kawan sendiri
Hah! kau lebih sanggup buang keluarga/bemusuh dengan adik/kawan baik sendiri sebab dengar cakap orang yang tak kena mengena dengan kau..PIKIR la sendiri, otak ada.
16.Orang yang SUKA nak frust2 menongeng pasal cinta ne
orang lain pon becinta gak.Aku sendiri pernah frust gila, tapi aku tak de la nak nanges je bila ingat dia/ nak bunuh2 diri bagai ne..Nasihat dari aku la, pegangla kawan and family kau.satu lagi, cuba baca Al-Quran tu, sedikit sebanyak kau dapat hilangkan sedih kau .I did it..=) be strong okay!!FIGHTIN!!!
17.Orang yang SUKA tensionkan orang lain bila dia yang tension
kau da tension, kau pegi buat aku tension sekali..tak perlu la kan..pikirla keadaan orang lain.TQ
18.Orang yang SUKA pinggirkan orang lain
yes, dia bukan geng kau, tapi kesian la kalau dia sorang2..tarik dia dekat dengan kau,sembang2 la..mana tau jumpa kawan baik ke..I did!=) kami masih lagi kawan baik sampai sekarang..pada masa aku tak keruan dan fikiran aku terlalu ikut perasaan, she's the one that sets it right..^^
19.Orang yang SUKA menangis
yes, girls dengan airmata tak dapat dipisahkan..tapi, jangan la buat airmata tu jadi airmata murahan. digunakan airmata tu untuk kepentingan diri.lelaki pon xsuka tau kalau macam tu.
20.Orang yang SUKA cakap belakang, pastu pegi sebar - sebarkan.
Kalau ada tak puas hati ada problem, silalah rujuk kat aku segera.tak de nye aku nak meletop..aku lebih suka face2face ne dari dapat tau dari orang lain/fb(zaman da maju)...sebab, kadang2 kita pon xtau kata kita ada buat salah kan?so, kalau cakap depan2, sedarlah tuan empunya salah itu..
well, that's for my list...kita tak dapat expect untuk jumpa orang yang perfect, so bila aku jumpa orang2 di atas ne, aku cuba sedaya upaya untuk ikhlas berkawan dan besabar dengan mereka..nak buat macam mana an?AKU PON TAK PERFECT..but tak salah kalau kita hijrah kepada diri yang lebih baik kan?(winkwink*^^*)
No comments:
Post a Comment